fbpx

Terpaksa pandu perlahan, tampal nota maklumkan ‘ibu baru lepas bersalin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terpaksa pandu perlahan, pemandu tampal nota maklumkan ibu baru lepas bersalin.

PETALING JAYA – Sebuah kereta Proton Persona yang ditampal nota kecil di belakangnya memberitahu ada ibu baru lepas bersalin sekali gus pemandunya perlu memandu perlahan, menarik perhatian netizen.

Tindakan berhati-hati pemandu kereta tersebut menerima maklum balas positif daripada netizen selepas video kereta itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.

Menerusi video tersebut, kelihatan kereta itu dengan nota kecil ditampal di belakangnya iaitu ‘sorry (maaf), ibu baru lepas bersalin’.

Dalam masa sama, netizen termasuk dalam kalangan ibu meninggalkan komen berkongsi perasaan sama menaiki kereta untuk pulang ke rumah selepas melahirkan bayi.

“Saya anak pertama lahir melalui pembedahan. Tempat cucuk bius naik bisul. Tuhan saja tahu rasa waktu kereta terhentak. Bagus tulis amaran macam ini, barulah boleh memandu dengan tenang,” kata seorang netizen.

“Saya pun pernah kena memandu perlahan sebab anak saudara baru bersalin pembedahan. Tidak boleh hentak kuat sikit,” ujar seorang lagi netizen. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI