fbpx

Isu minyak masak: Bergurau pun ada batasnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak untuk kegunaan upacara sembahyang yang dijadikan jenaka dalam isu minyak masak.

PETALING JAYA – Tindakan segelintir netizen yang bergurau dapat membeli minyak masak dengan harga murah sedangkan ia sebenarnya minyak untuk kegunaan upacara sembahyang bagi penganut bukan Islam, tidak sepatutnya dijadikan jenaka.

Sehubungan itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan alat sembahyang penganut agama lain sebagai bahan gurauan.

“Saya faham situasi sahabat-sahabat dengan kenaikan harga barangan cuma saya ingin nasihati diri saya dan sahabat-sahabat yang beriman.

“Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau. Tertera jelas ‘minyak untuk sembahyang sahaja’ dan saya percaya admin page tersebut tahu membaca dengan baik,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut memetik Nabi Muhammad bersabda iaitu ‘celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya kerana ingin membuat suatu kaum tertawa, celakalah dia, celakalah dia’.

“Nasihat kedua ialah kita tidak suka orang menghina Islam atau menjadikan peralatan sinonim dengan Islam seperti songkok, kopiah, telekung, sejadah dan sebagainya sebagai alat gurauan. Maka kita juga tidak seharusnya menjadikan alat sembahyang penganut agama lain sebagai bahan gurauan kita.

“Prinsip saya tetap sama tanpa mengira siapa pun. Yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah. Kita melihat prinsip bukan melihat siapa yang melakukannya,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI