fbpx
Gambar hiasan

KPDN siasat pasar raya jual minyak masak peket kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiasat berhubung dakwaan sebuah pasar raya di Bangi yang membenarkan warga asing membeli minyak masak peket.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa telah digerakkan ke premis tersebut untuk melakukan pemeriksaan.

“Yang itu (pasar raya membenarkan warga asing membeli minyak masak bersubsidi) pegawai kita pergi (periksa) hari ini. Esok kita akan maklumkan (perkembangan),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan mengenai hantaran seorang pengguna Threads yang mendakwa terkejut apabila mendapati warga asing membeli minyak masak peket dengan mudah dan secara terbuka di sebuah pasar raya di Bangi.

Dakwaan itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran rakaman video yang memaparkan situasi premis yang dikatakan berlaku baru-baru ini.

Dia mendakwa, seorang warga emas yang berada di lokasi gagal mendapatkan bekalan minyak masak peket kerana stok didakwa telah habis lebih awal.

Dalam hantaran berasingan, pengguna itu turut mendakwa melihat taktik tertentu yang digunakan warga asing untuk mendapatkan bekalan minyak peket antaranya mengambil barangan itu dan meletakkannya ke dalam troli individu lain sebelum menyerahkan wang untuk dibayar di kaunter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN