fbpx
SEORANG pegawai polis berpangkat tinggi berkata bahawa Johnson disasarkan. – New York Post

Wanita tolak bayi dalam kereta sorong ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita terbunuh di Upper East Side, Manhattan selepas mangsa ditembak di kepala ketika menolak bayinya yang berusia tiga bulan di dalam kereta sorong bayi minggu ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Pada hari kejadian, Azsia Johnson, 20, sedang menolak bayinya di dalam kereta sorong lalu dihampiri oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam dari arah belakang. 

Suspek melepaskan satu das tembakan ke arah kepala mangsa pada jarak dekat sebelum melarikan diri, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Bandar Raya New York, Keeshant Sewell.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas sejam dibawa ke hospital berdekatan, jelas Sewell. Bayi tersebut bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut polis, suspek masih bebas, manakala motif pembunuhan masih belum diketahui. 

Bercakap pada satu sidang akhbar tempatan, Datuk Bandar New York, Eric Adams turut menyentuh kejadian tersebut dan menyalahkan ‘bilangan senjata api yang terlalu banyak di jalanan’.

“Apabila seorang wanita ditembak pada jarak dekat ketika menolak kereta sorong bayinya, ia menggambarkan negara ini bermasalah.

“Tidak ada bezanya jika anda berada di New York Timur, Brooklyn atau Upper East Side. Anda semua berisiko (menjadi mangsa) kerana senjata api sangat mudah untuk diperoleh,” kata Adams.

Menurut program berita CBS News New York, pihak berkuasa sedang meneliti sistem televi­syen litar tertutup lokasi ­kejadian dan kawasan sekitarnya untuk mengenal pasti dari mana wanita itu datang dan punca tembakan.

Penduduk diminta menjauhi kawasan itu sementara siasatan dilakukan, kata Jabatan Polis New York (NYPD) di laman Twitter. – Agensi

POPULAR