fbpx

Peru bimbang kebakaran hutan ancam kota Machu Picchu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di kawasan belukar yang mengelilingi runtuhan Llamakancha di Machu Picchu, Peru pada 28 Jun lalu. - AFP

LIMA, Peru – Anggota-anggota bomba Peru bergelut untuk mengawal kebakaran hutan yang marak di Banjaran Andes berhampiran kota purba Machu Picchu kelmarin, lapor akhbar The Guardian.

Kebakaran yang menjejaskan kawasan hutan berkelua­san separuh saiz Kota Vatican itu bermula Selasa lalu apabila petani-petani membakar rumput sebagai persediaan untuk memulakan tanaman baharu. 

Setakat Rabu lalu, sekitar 20 hektar hutan musnah dalam kebakaran itu, kata Datuk bandar Cusco, Victor G. Boluarte Medina.

Machu Picchu merupakan sebuah kompleks terdiri daripada struktur batu yang terletak di lereng sebuah gunung. 

Ia dibina lebih 500 tahun lalu oleh empayar Inca yang menguasai kawasan luas di rantau Amerika Selatan. Kawasan jajahan Inca itu terletak dari Ecuador hingga ke tengah Chile.

Lokasi kebakaran di kawasan pergunungan dan terpencil telah menyukarkan usaha pasukan bomba untuk memadamkan api.

“Kami berusaha memadamkan api selama dua hari tetapi sukar kerana kawasan bencana payah untuk dimasuki,” kata pe­ngarah Pejabat Pengurusan Risiko dan Keselamatan Cucso, Roberto Abarca.

Lokasi runtuhan purba yang menakjubkan itu menjadikan wilayah Cusco sebagai antara destinasi pelancongan utama di Peru. 

Machu Picchu juga dianggap sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI