fbpx

Neymar mungkin ‘merempat’ di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR yang meraih pendapatan tinggi di PSG menyebabkan dia sukar untuk mencari pasukan yang mampu membayarnya dengan nilai yang sama. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain, Neymar berisiko bergelar ‘bintang buangan’ selepas tiada mana-mana pasukan yang sedia untuk membuat pelaburan besar bagi mendapatkan khidmatnya.

Sejak menyertai PSG sebagai pemain termahal dunia, gergasi Perancis itu kini sedang berusaha untuk menyingkirkan Neymar bagi mengurangkan perbelanjaan gaji yang dibayar kepada Neymar apabila dia dilaporkan menerima €700,000 (RM3.2 juta) seminggu.

Sekalipun pemilik PSG memiliki dana besar, kelab itu juga melihat tahap kecergasan Neymar dan peranan minimum yang dimainkannya sejak tiga tahun lalu sebagai salah satu faktor kepada perancangan untuk menjual Neymar.

Sejak tiga tahun lalu, sumba­ngan Neymar begitu mengecewakan apabila membuat 55 penampilan di Ligue 1 dan hanya meledak 35 gol sekaligus meletakkan Kylian Mbappe serta Lionel Messi di kedudukan lebih baik untuk terus memainkan peranan penting buat kelab.

Manchester City mungkin mampu menampung gaji Neymar, namun pemain itu tidak menepati falsafah bola sepak Pep Guardiola, manakala Manchester United juga sedang memberikan fokus kepada transformasi yang cuba dibawa Erik Ten Hag.

Cerita sama juga mungkin sama dengan Liverpool dan Ba­yern Munich, khidmat Neymar seakan tidak bersesuaian dengan kelab itu, manakala AC Milan, Inter Milan serta Juventus jelas tidak mampu untuk membuat pelaburan terhadapnya.

Barcelona sentiasa dikaitkan untuk membawa pulang Neymar ke Camp Nou, namun keadaan kewangan kelab menyebabkan ia mustahil untuk dilakukan dan kini tumpuan lebih terarah kepada Chelsea selepas pemilik­nya dilaporkan berminat untuk membawa masuk Neymar.

Sekiranya harga ditetapkan terlalu mahal dan peranannya tidak sesuai dengan mana-mana pasukan, Neymar berkemungkinan akan terus kekal di PSG tanpa sebarang fungsi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI