fbpx

Lelaki panjat menara telekomunikasi 45 meter cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 34 tahun memanjat menara telekomunikasi setinggi 45 meter dipercayai cuba membunuh diri di Kampung Bachang, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki bertindak memanjat dan berdiri lebih lima jam di menara telekomunikasi setinggi 45 meter dipercayai cuba membunuh diri di Kampung Bachang di sini, hari ini.

Individu berusia 34 tahun itu bagaimanapun berjaya dibawa turun dengan bantuan sepasukan bomba kira-kira pukul 1.44 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa II Yazid Mohd. Tahir berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.12 pagi dan sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati seorang lelaki berusia 34 tahun berada di puncak menara telekomunikasi setinggi 45 meter dipercayai cuba membunuh diri.

“Anggota bertindak naik ke atas menara bagi memujuk mangsa dan berjaya membawanya turun pada pukul 1.44 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memujuk mangsa turun ke bawah.

“Difahamkan mangsa merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental.

“Sebaik sahaja dibawa turun, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI