fbpx
Gambar hiasan

Gajet rampas masa kualiti dengan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu kesesakan jalan di Lembah Klang setakat ini nampaknya masih membelenggu sebahagian besar penghuninya.

Selain terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, bergelut di atas jalan raya untuk tiba di pejabat juga memberi tekanan kepada mereka.

Tiga jam memandu pergi balik pada jarak 20 atau 30 kilometer sudah menjadi kebiasaan.

Tambah lagi satu jam kalau hendak pulang ke rumah pada waktu puncak. Secara purata, setiap warga kota yang memandu untuk ke tempat kerja akan menghabiskan empat jam sehari di atas jalan.

Ia jumlah yang begitu besar. Tempoh empat jam itu merupakan anggaran masa yang diperlukan warga kota untuk memandu ke Johor Bahru. Tempoh itu juga membolehkan seseorang menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebanyak dua kali berturut-turut.

Ia juga bersamaan 88 jam atau 3.6 hari tempoh kita berada dalam kereta sepanjang 22 hari bekerja sebulan. Satu pembaziran waktu yang tidak disedari.

Berdasarkan kiraan kasar itu, warga kota hanya mempunyai baki kira-kira 20 jam sehari untuk dimanfaatkan. Tolak 16 jam bekerja dan tidur, ibu bapa yang bekerja mempunyai baki empat jam sahaja untuk anak-anak mereka.

Itupun jika digunakan sepenuhnya. Namun, apa yang terjadi ketika ini menunjukkan sebaliknya apabila masa kualiti dengan keluarga telah dirampas oleh telefon bimbit.

Kalau dicampur-campur, tidak sampai 30 minit kita bercakap dengan anak-anak. Kalau di rumah, berapa minit sahaja yang diperuntukkan untuk bertanya anak-anak mengenai hari mereka, persekolahan atau berbual.

Lebih menampakkan kita seperti tidak mengambil berat hal keluarga ialah apabila apa yang terjadi kepada anak kita di sekolah atau ketika bermain di padang permainan pada waktu petang hanya diketahui melalui orang lain yang memaklumkan menerusi WhatsApp.

Alangkah dunia teknologi ketika ini benar-benar telah merampas segala keseronokan hidup baik kepada orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Minda kreatif dan penguasaan kemahiran hidup kanak-kanak zaman ini sudah terluput kerana ia lebih kepada fantasi yang hanya menguntungkan pembuat kandungan di media sosial.

Segala kepalsuan bertebaran di situ. Antaranya ialah bila rupa yang buruk boleh jadi lawa dengan menggunakan filter. Barang nampak premium tetapi rupanya biasa-biasa sahaja bila sampai di tangan kita selepas diperdaya dengan teknik foto.

Apa yang hendak dikatakan lagi ketika dunia sudah semakin tidak sewaras di awal kewujudannya. Ayam yang merupakan antara unggas paling banyak di muka bumi ini pun sudah mencecah RM9.40 sekilogram. Kalau tiada subsidi, boleh mencecah RM15.

Harga minyak sawit juga ikut naik. Mata wang kebanyakan negara jatuh dan paling teruk Sri Lanka diisytiharkan muflis. Mempunyai dua kerja sudah biasa buat kebanyakan rakyat negara ini.

Orang kaya sudah bertukar ke RON95, manakala si miskin yang mengidam durian terus mengerah kudrat demi seulas musang king.

POPULAR