fbpx

Datuk bandar di Mexico berkahwin dengan aligator betina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sosa ‘mengahwini’ seekor aligator betina berusia tujuh tahun. – Daily Mail

BANDAR OAXACA, MEXICO – Seorang datuk bandar di Mexico  ‘mengahwini’ seekor aligator dalam upacara bertujuan untuk mendapat kesejahteraan dari alam semula jadi, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam upacara yang berlangsung kelmarin, Victor Hugo Sosa ‘mengahwini’ seekor aligator betina berusia tujuh tahun.

Majlis perkahwinan penuh warna-warni itu dimeriahkan dengan alunan muzik, barisan penari serta tetamu yang memakai pakaian tradisional.

Sosa yang merupakan pemimpin suku Orang Asli, turut memberikan ciuman kepada ‘pengantin perempuan’.

Bagaimanapun untuk tujuan keselamatan, mulut aligator itu diikat bagi mengelakkannya gigitannya.

Upacara perkahwinan itu dipercayai merupakan amalan suku Orang Asli Chontal dan Huave dari negeri Oaxaca sejak beratus-ratus tahun lalu, sebagai doa untuk memohon kesejahteraan alam.

“Kami meminta hujan yang cukup dari alam semula jadi, makanan yang cukup serta ikan yang banyak di sungai,” kata Sosa.

Dalam majlis tersebut, aligator itu dipakaikan dengan gaun pengantin berwarna putih serta pakaian lain.

Penduduk tempatan membawa pengantin aligator itu berarak di sekeliling kampung sambil beberapa  lelaki mengipas haiwan itu. – Agensi  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI