fbpx

Bapa tergamak rempuh, gilis anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nigel (kanan) merempuh Lauren (kiri) selepas menyerang teman lelaki remaja itu. - East Anglia News Service

LONDON – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mati digilis  bapanya sendiri ketika cuba menghentikan lelaki itu daripada menyerang kekasihnya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Nigel Malt, 44, dari Norfolk, England dikatakan berada dalam keadaan amat marah ketika dia merempuh dan menggilis anaknya, Lauren Malt pada 23 Januari lalu.

Pendakwa raya Mahkamah Diraja Norwich, Andrew Jackson berkata, Nigel mengundurkan kenderaannya lalu merempuh mangsa sebanyak dua kali.

“Selepas merempuh mangsa sehingga terjatuh, Nigel mengundur kenderaannya sebelum berhenti seketika lalu sekali lagi merempuh dan menggilis Lauren.

“Tindakan itu menyebabkan Lauren mati di tempat kejadian. Pemeriksaan lanjut ke atas mayatnya mendapati terdapat kesan lebam, luka dan kecederaan parah pada bahagian kepala, badan, lengan serta kaki,” kata Jackson.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan perut.

Nigel bagaimanapun menafikan tuduhan membunuh terhadap dirinya. 

Menurut perbicaraan mahkamah, dia bertengkar dengan anaknya dan teman lelaki gadis itu, Arthur Marnell.

Selepas merempuh Lauren, dia membawa mayat gadis itu ke dalam keretanya dan berlalu dari situ.

“Dia menelefon isterinya, Karen dan memberitahu bahawa anak mereka telah mati. Dia ketika itu ingin membawa mangsa kepada Karen,” tambah Jackson.

Perbicaraan kes tersebut masih berlangsung. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI