fbpx
PENIAGA sukar untuk mematuhi penetapan harga siling baharu ayam berikutan terikat dengan harga yang ditawarkan pembekal.

Penjual ayam ‘kunci mulut’, dakwa harga ‘dikawal’ pembekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Rata-rata peniaga ayam di negeri ini mengambil langkah ‘kunci mulut’ apabila ditanya mengenai penetapan harga siling baharu ayam standard RM9.40 daripada RM8.90 sekilogram mulai hari ini.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan respons mereka di sebuah pasar awam di sini me­ngenai penetapan itu bagaima­napun gagal.

Beberapa peniaga ditemui memaklumkan enggan memberi komen ekoran penetapan itu hanya akan dikuat kuasa hari ini.

Namun, hasil temu bual lanjut, tindakan ‘kunci mulut’ itu dipercayai adalah langkah berjaga-jaga diambil peniaga bagi memastikan bekalan ayam dibekalkan pemborong mencukupi.

Difahamkan, rata-rata peniaga berpuas hati dengan kadar RM9.40 ditetapkan kerajaan, namun meminta harga di peringkat peladang diturunkan kepada maksimum RM5 sekilogram.

“Kami boleh tarik nafas sedikit dengan kadar baharu itu, tetapi pasaran akan lebih kukuh jika harga di peringkat pemborong diturunkan lagi mungkin kepada RM5 sekilogram.

“Jadi, peniaga dapatlah me­rasa keuntungan dan caj potong juga tidak akan dikenakan, tapi kami pun takut dah nak komen, nanti bekalan kami pula tak cukup,” katanya seorang peniaga yang enggan dikenali.

Di Kuala Terengganu, keba­nyakan peniaga melahirkan kebimbangan tidak mampu mematuhi harga siling baharu kerana mendakwa semua­nya bergantung kepada harga yang akan ditetapkan pemborong kelak.

Seorang peniaga, Syed Mohd. Zuhaimi Syed Abdullah, 39, mendakwa, harga dikenakan pemborong pada masa ini sudah sedia tinggi iaitu antara RM8.70 hingga RM9.50 sekilogram.

“Bukan kami tidak mahu akur dengan arahan kerajaan tetapi dengan harga ditetapkan pemborong itu, harga ayam terpaksa dijual pada RM11 sekilogram.

“Harap pemborong dapat turunkan harga bagi membolehkan kami menjual ayam ikut harga ditetapkan kerajaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN