fbpx

Perpaduan, kesatuan ummah jadi kunci keutamaan umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di Bandar Sunway di sini hari ini. -FOTO : FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA – Perpaduan dan kesatuan ummah perlu menjadi keutamaan umat Islam sepertimana dianjurkan oleh prinsip Fiqh Keutamaan (fiqh awlawiyyat) berikutan meningkatnya ancaman terhadap kesucian Islam kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengukuhan perpaduan dan kesatuan ummah hendaklah berasaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi memastikan dakwah dan penyampaian ajaran Islam bertepatan dengan kehendak Islam, bersifat wasatiyah dan memberi rahmat kepada sekalian alam.

“Umat Islam perlu disedarkan bahawa usaha merealisasikan perpaduan ini perlu merentasi tembok pelbagai aliran pemikiran dan ideologi, tumpuan utama adalah kemaslahatan ummah serta menolak fahaman pelampau dan ekstrem.

“Justeru, semua ulama dan ilmuwan Islam perlu berbincang, bermuafakat, bersatu dan menggembleng pemikiran masing-masing bagi menghasilkan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi umat Islam seluruh dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ulama’ Asia Tenggara 2022 di sini hari ini.

Mengambil semangat dan kekuatan perhimpunan hari ini katanya, besar harapan agar seluruh ulama dan Ilmuwan Islam dapat mencari kata sepakat dan memainkan peranan efektif ke arah kesatuan dan mewujudkan khaira ummah.

“Saya juga berharap semua input dan pandangan yang dibincangkan sepanjang persidangan ini dapat diterjemahkan kepada satu usaha yang dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI