fbpx

Pelajar tingkatan satu maut, motosikal dirempuh Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki Nurul Zahirah Aqrima yang dirempuh kenderaan Toyota Hilux di KM 1, Jalan Tok Kah-Jerangau berhampiran Kampung Alur Mak Bah, Dungun semalam.

DUNGUN – Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau berhampiran Kampung Alur Mak Bah di sini semalam.

Dalam kejadian pada 6.50 petang itu, mangsa, Nurul Zahirah Aqrima Mohamad Yasin, 13, meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, remaja perempuan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mahsuri Tok Kah dari Kampung Alur Mak Bah.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan
Toyota Hilux dipandu seorang pembantu kedai makan berusia 41 tahun dari arah Kampung Mak Bah gagal mengelak.

“Impak rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa terseret sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, lelaki yang memandu kenderaan Toyota Hilux berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI