fbpx

Ekonomi negara dijangka meningkat tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan ekonomi negara akan terus meningkat pada tahun ini ekoran peningkatan permintaan dalam dan luar negeri.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan itu dipacu tindakan kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, pelaksanaan pakej bantuan dan kejayaan Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, impak pemulihan itu dapat dilihat daripada pemulihan dalam nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada suku pertama 2022 kepada 5.0 peratus berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku pertama 2021.

“Pada tempoh sama, pasaran buruh lebih kukuh dengan kadar penyertaan tenaga buruh turut naik 0.4 mata peratus kepada 69.0 peratus.

“Indeks Pelopor bagi April 2022 yang menunjukkan isyarat hala tuju ekonomi dalam masa pendek turut meramalkan prestasi ekonomi Malaysia akan mengekalkan arah aliran yang lebih baik.

“Isyarat itu positif meskipun Malaysia berdepan dengan ekonomi yang tidak sekata berikutan perbezaan kadar dan masa bagi negara-negara yang telah membuka semula aktiviti ekonomi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, kesemua negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan dalam nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita pada 2021 berbanding tahun 2020.

“Tujuh negeri mencatatkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional RM47,324 iaitu Kuala Lumpur (RM124,232), Labuan (RM78,032), Pulau Pinang (RM58,527), Sarawak (RM57,635), Selangor (RM55,568), Melaka (RM47,799) dan Negeri Sembilan (RM47,452),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI