fbpx

De’Xandra lancar koleksi wangian selebriti, kempen CSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ernayanee (kiri) pada majlis pelancaran wangian koleksi selebriti dan kempen CSR De’Xandra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – De’Xandra, syarikat haruman popular di negara ini, melancarkan kempen tanggungjawab sosial kor­poratnya (CSR), Mental Health Awareness bertemakan De’Xandra Heals The World sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang si­tuasi kesihatan mental yang kian me­runcing.

Pengasas syarikat, Ernayanee Nur Julaimi berkata, kempen yang berlangsung sepanjang tahun ini melibatkan penyertaan pihak pengurusan, rakan strategik, stokis, pengedar, selebriti dan dropship yang bero­perasi di Malaysia, Si­ngapura, Indonesia dan Brunei.

Menurut beliau, kempen CSR itu diadakan serentak dengan pelancaran rasmi wangian koleksi selebriti yang diadakan di sini baru-baru ini.

“Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pe­ngurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi.

“Tetapi kali ini, kami mengangkat isu kesihatan mental kerana terdapat peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri dalam negara, malah di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam kenyataan bersempena majlis pelancaran wangian koleksi selebriti De’Xandra dan kempen CSR di sini.

Pada majlis tersebut, syarikat melancarkan wangian koleksi selebriti daripada cetusan idea dan kerjasama dengan artis Bella Astillah serta pereka fesyen, Rico Rinaldi.

“Rico Rinaldi mengetengahkan mesej penting dalam nilai persahabatan, manakala wangian Bella Astillah yang tampil merah, diibaratkan warna rona cinta dalam memberi suntikan sema­ngat baharu kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail menerangkan, melalui koleksi baharu ini, ia menjadi satu inisiatif bagi syarikat untuk mempelbagaikan pilihan buat penggemar wangian dan meraikan peminat baharu.

“Koleksi pilihan selebriti ini juga akan menggalakkan para pengedar terus aktif meneruskan perniagaan.

“De’Xandra sentiasa membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin bersama dengan kami.

“Sehingga kini, syarikat telah melahirkan usahawan termasuk wakil pengedar seramai 30,074 orang dengan peningkatan 65 peratus sejak 2020 sehingga sekarang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI