fbpx

Chelsea sedia tawar Christian Pulisic pujuk Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULISIC (kanan) menjadi umpan kedua Chelsea selepas Juventus dilaporkan tidak berminat untuk menerima Werner untuk ditukarkan dengan De Ligt. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan tidak mahu berputus asa dan meneruskan proses rundingan bersama Juventus dalam usaha mendapatkan khidmat pemain pertahanan Matthijs De Ligt apabila menjadikan Christian Pulisic pula sebagai umpan.

Sebelum ini, mereka bersedia melepaskan Timo Werner ke Turin, namun Juventus dilihat tidak begitu berminat dengan tawaran berkenaan menyebabkan nama Pulisic pula dikaitkan.

Pemilik baharu kelab itu, Todd Boehly dilaporkan sedia memberikan sokongan kewa­ngan yang kuat kepada pengurus, Thomas Tuchel pada jendela perpindahan kali ini ketika mereka memerlukan beberapa pemain pertahanan berprofil tinggi.

Laporan menyebut, De Ligt ketika ini masih ragu-ragu untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama Juventus menyebabkan Chelsea melihat situa­si itu sebagai kesempatan terbaik untuk mereka memujuknya ke Stamford Bridge.

Chelsea turut merancang untuk mendapatkan Nathan Ake dari Manchester City dan berhasrat untuk menggandingkannya bersama De Ligt untuk menghadapi saingan musim baharu.

Selain Ake, The Blues turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat rakan sepa­sukannya di Etihad, Oleksandr Zinchenko ketika City sedang memburu kelibat pemain pertahanan Brighton, Marc Cucurella.

Dalam pada itu, beberapa pemain seperti Milan Skriniar (Inter Milan), pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde serta pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic juga berada dalam senarai buruan Chelsea pada jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI