fbpx

Pandelela Rinong gegar Kejohanan Dunia di Budapest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDELELA (kanan) bersama dua penerjun China, Yuxi (tengah) dan Hongchan menunjukkan pingat masing-masing selepas tamat acara final 10m platform individu wanita pada Kejohanan Dunia di Arena Danube, Budapest awal pagi semalam. – AFP

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan penantian selama tujuh tahun untuk kembali menaiki podium dalam acara kegemarannya, 10 meter (m) platform individu wanita di pentas Kejohanan Dunia.

Kejayaan itu hadir selepas Pandelela, 29, meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2022 dengan pungutan 338.85 mata keseluruhan pada aksi final di Arena Danube, Budapest awal pagi semalam.

“Saya rasa boleh dikatakan kejayaan ini telah menebus semula (kegagalan terdahulu). Saya anggap setiap kejayaan dan kegagalan sebagai motivasi.

“Pada usia 29 tahun, pingat ini telah membuktikan bahawa saya masih boleh memberikan sai­ngan secara individu,” kata Pandelela.

Kali terakhir Pandelela menaiki podium acara individu pada Kejohanan Dunia adalah sewaktu meraih pingat gangsa edisi 2015 di Kazan, Rusia.

Edisi 2017 di Budapest me­nyaksikan Pandelela sekadar meraih kedudukan kesembilan, manakala juara acara 10m platform individu ketika itu dimenangi Cheong Jun Hoong.

Bagaimanapun, Olimpian dari Sarawak itu masih boleh bergembira kerana dapat membawa pulang pingat gangsa edisi ber­kenaan dalam acara 10m platform seirama ketika bergandi­ngan dengan Jun Hoong.

Episod sama terus menghantui Pandelela apabila dia menduduki tempat kelima acara 10m platform individu sewaktu edisi 2019 di Gwangju, Korea Selatan sebelum menamatkan kekecewaan itu dengan pingat gangsa kali ini.

Sebagai rekod, dua penerjun sensasi China, Chen Yuxi dan Quan Hongchan meraih pingat emas dan perak selepas masing-masing mengutip markah 417.25 dan 416.95 pada final 10m platform individu awal pagi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI