fbpx

Benus Res-Q sukarelawan bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARAH (belakang, empat dari kanan) dan Tang Rui (belakang, enam dari kanan) bersama Isma Nor Hisham (kanan) dan pasukan Benus Res-Q yang menerima bot penyelamat beserta enjin dan jaket keselamatan di Surau Kampung Benus di Bentong semalam.

BENTONG – Pengalaman menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ketika kejadian bah besar di daerah ini pada penghujung tahun lalu memberi idea kepada sekumpulan sukarelawan untuk menubuhkan pasukan Benus Res-Q untuk memberi respon awal sekiranya berlaku bencana alam.

Antara yang paling diingati adalah kesungguhan seorang penduduk, Isma Nor Hisham Ismail, 52, yang berjaya menyelamatkan pasangan warga emas daripada lemas selepas terperangkap dalam kejadian banjir ketika itu.

Menurut Isma, warga emas berkenaan yang mengalami sa­kit diabetes kronik tidak dapat bergerak dan telah berendam lebih 10 jam di dalam banjir di rumah sebelum diselamatkan.

“Tanpa sebarang peralatan seperti bot, saya bertindak nekad menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dengan membawa mereka ke atas bumbung bagi menunggu bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Benus dan Chegar Medang, Zaharah Ismail berkata, pada peringkat permulaan, seramai 13 orang sukarelawan menyertai Benus Res-Q yang ditubuhkan susulan kejadian banjir besar hujung tahun lalu yang menjejaskan lebih 400 buah rumah dan lebih 2,000 mangsa di kedua-dua kampung berkenaan.

“Kesemua sukarelawan ini merupakan individu yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir pada hujung tahun lalu yang mana mereka memainkan peranan penting walaupun tanpa kelengkapan menyelamat seperti bot.

“Ini adalah pasukan sukarelawan banjir pertama di daerah ini dan mereka sentiasa bersiap siaga apabila hujan, khususnya daripada Oktober hingga Januari yang biasanya musim tengkujuh,” katanya selepas menerima sumbangan bot penyelamat beserta enjin dan jaket keselamatan yang disumbangkan oleh Syarikat China Communication Construction Sdn. Bhd. (CCC) di Surau Benus di sini semalam.

Sebanyak dua buah bot penyelamat beserta enjin bot dan 100 jaket keselamatan disampaikan wakil CCC, Yu Cheng Ming kepada Zaharah sambil disaksikan oleh Timbalan Duta China di Malaysia, H.E Tang Rui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI