fbpx

Aaron Chia-Wooi Yik berjaya jinakkan beregu Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik berjaya menewaskan pasangan dari Jepun, Koga-Saito pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melepasi halangan pertama pada Terbuka Malaysia selepas bangkit menumpaskan pasangan dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada Oktober tahun lalu, beregu lelaki negara itu tewas straight-set kepada lawan yang sama pada Terbuka Denmark, namun kini giliran mereka menjinakkan wakil Jepun tersebut dengan kemenangan 21-18, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Namun, kemenangan Aaron-Wooi Yik turut dibantu dengan bantuan maklumat mengenai keadaan angin di dalam gelanggang tersebut daripada rakan sepasukan.

Kebanyakkan pemain sebelum ini mengadu keadaan angin di Axiata Arena ketika hari saingan agak kuat berbanding sewaktu sesi ujian gelanggang.

“Saya beruntung sebab saya sebilik dengan Tee Kai Wun, dan dia ada berkongsi keadaan gelanggang yang cukup berbeza ketika kami mengujinya sebelum ini.

“Saya gunakan info itu dan ia beri kelebihan buat kami bila menentang Koga dan Sato, akhirnya strategi itu menjadi,” jelas Wooi Yik.

Selepas ini, pasangan negara tersebut akan membuat perhitungan dengan wakil dari Singapura, Terry Hee-Loh Kean Hean yang membuat kejutan menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk pada pusingan pertama.

Justeru, Aaron-Wooi Yik kini dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelakkan mereka berdepan nasib sama selepas pemain tidak ternama dikejutkan pada pusingan pertama.

“Walaupun kami pernah menang ke atas pasangan Singapura itu, namun kami tidak akan pandang rendah kemampuan mereka. Saya lihat permainan mereka semakin bagus. Jadi, kami akan kekal dengan fokus kami, untuk cuba menjadi juara di tempat sendiri,” jelas Aaron. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI