fbpx

Jangan baring ketika hidung berdarah, boleh masuk paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sekiranya hidung berdarah, jangan sesekali baring kerana ia berpotensi menyebabkan darah tersebut memasuki paru-paru.

Menerusi hantaran Twitter MeedTweetMy, mereka yang berdepan situasi itu seharusnya tidak panik serta pastikan dalam keadaan duduk dan tunduk sedikit ke hadapan.

Katanya, ini bagi mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi memasuki paru-paru.

“Seterusnya picit bahagian hadapan hidung yang lembut menggunakan jari ibu dan telunjuk sehingga lima minit. Pada masa ini, boleh bernafas melalui mulut untuk seketika.

“Ambil ketulan ais yang kecil dan masukkan di dalam plastik atau bungkusan kain dan diletakkan pada dahi,” menurut hantaran tersebut.

Selain itu, boleh juga kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.

“Sekiranya ada darah yang mengalir di dalam mulut, jangan telan dan ludah keluar. Kebiasaanya pendarahan akan berhenti selepas beberapa langkah tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun jika hidung masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah yang dinyatakan, segera ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat kerana berkemungkinan ia berpunca daripada perkara serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI