fbpx

Alia Bhatt dapat pujian melambung Aishwarya Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA cemerlang Alia Bhatt sebagai Gangubai dapat pujian melambung daripada Aishwarya Rai.

AKTRES jelita Alia Bhatt menerima pujian daripada bintang tersohor, Aishwarya Rai kerana sangat berbakat selain pandai mengambil peluang dalam industri.

Memetik laporan Hindustan Times, Aishwarya sangat mengagumi bakat lakonan Alia terutama menerusi lakonannya dalam filem Gangubai Kathiawadi arahan pengarah terkenal, Sanjay Leela Bhansali.

Pujian yang diberikan oleh bekas ratu cantik dunia, Miss World 1994 itu membuatkan Alia berasa sangat terharu dan gembira, tambahan pula Aishwarya merupakan idolanya.

“Saya hampir menangis apabila pujian tersebut keluar dari mulut pelakon yang selama ini menjadi pujaan hati saya.

“Siapa yang tidak bangga apabila dipuji oleh Aishwarya. Semua orang tahu bakat lakonannya sendiri cukup luar biasa,” ujarnya.

Pelakon berusia 29 tahun itu sememangnya, seorang aktres yang sangat berbakat di Bollywood dan disebut antara yang terbaik dalam industri pada hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI