fbpx

Pensyarah kanan universiti didakwa salah guna dana milik Ketengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Dr. Mohamad Zulkefli Adam, 56, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussain dan Hakim Azura Alwi.

Di hadapan Hakim Suzana, mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh sebagai Ketua Projek Research-Based Foundation For Sustainable Agriculture Entrepreneurship (Smart Rural) didakwa menyalahgunakan wang berjumlah RM32,000 milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di sebuah bank di sini, antara 3 September dan 26 Oktober 2017.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohamad Zulkefli diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsanya.

Mahkamah kemudian 11 Ogos ini  untuk sebutan semula kes.

Sementara di hadapan Hakim Azura, tertuduh didakwa satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100 di sebuah universiti di sini pada 11 Ogos 2017 yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh Mazlan Mohd. Zain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI