fbpx

Luahan pembaca: Pembuli di Laut China Selatan yang tidak dihirau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulauan di Laut China Selatan yang menjadi rebutan beberapa negara.

Saudara pengarang,

Pertikaian berterusan mengenai kedudukan China di Laut China Selatan semakin berlarutan apabila negara itu enggan berganjak dengan tuntutan pemilikan mereka terhadap perairan maritim tersebut.

Di sebalik seruan kuat daripada majoriti negara ASEAN dan Amerika Syarikat supaya China mengelak daripada menceroboh ruang udara atau perairan wilayah Laut Cina Selatan, negara China sebaliknya terus mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan perairan berkenaan.

Laporan baru-baru ini merekodkan China bukan sahaja meneruskan pengintipan dalam ruang udara dan maritim, malah menempatkan kedudukan ketenteraan di sekurang-kurangnya tiga pulau di perairan Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah dan Sarawak.

Walaupun Presidennya, Xi Jinping memberi jaminan tidak akan ada pangkalan tentera ditubuhkan di kawasan tersebut, tetapi realiti hari ini berlaku sebaliknya.

Tatkala China tidak menghiraukan kedaulatan ruang udara Sarawak, ia meningkatkan kebimbangan bahawa Malaysia akan menghadapi ancaman yang lebih besar dari China dengan mereka menubuhkan pangkalan di perairan kita.

Jika tidak dikawal, apakah makna kepada industri maritim kita terutamanya di Sabah dan Sarawak? Perubahan kawasan itu menjadi zon perang yang berpotensi akan menimbulkan kesan buruk kepada ekonomi wilayah tersebut.

Kajian terbaharu menunjukkan kehadiran jentera perang China di Laut China Selatan mengukuhkan lagi potensi untuk menyekat aliran perdagangan tempatan dan global di rantau ini sebagai cara untuk ‘memeluk’ negara yang tidak bersetuju dengan tuntutan wilayah mereka di kawasan itu.

Sudah tiba masanya untuk kita memandang serius dalam hal keselamatan sempadan terutamanya sebagai tindak balas kepada aktiviti ketenteraan China dengan mengkaji untuk mengukuhkan keselamatan kita.

Selain itu, sudah tiba masa untuk kita meningkatkan perhatian dengan mengukuhkan kehadiran di kawasan itu untuk menunjukkan Malaysia serius dalam melindungi sempadan.

Usaha berterusan untuk keselamatan sempadan kita melalui tindakan diplomatik dengan negara-negara ASEAN lain mesti dijadikan sebagai keutamaan. Malaysia tidak boleh untuk kekal pasif dan sudah nyata adanya keperluan mesej kuat dihantar di peringkat antarabangsa bahawa kita mesti melindungi kedaulatan sempadan negara.

Osman Safee
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI