fbpx
ZULdan Ruhainies dalam sebuah video yang tular menerusi TikTok.

Cukup-cukuplah video mesra Ruhainies, Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM ini, Ruhainies mahupun Zul Ariffin pernah menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai sahabat baik dalam industri.

Mungkin ada yang masih berharap jodoh mereka benar-benar berlaku, video-video mesra mereka juga tidak henti-henti berlegar-legar dalam aplikasi TikTok.

Banyak pula koleksi video mesra mereka. Rasa jemu pun ada, iyalah sebab mereka pun sudah menafikan hubungan istimewa dakwaan ramai.

Dalam pada rasa jemu, ramai pula yang tidak henti-henti mendoakan agar pasangan sahabat baik adik abang itu dipertemukan jodoh bersama.

Mungkin ramai lupa bahawa Ruhainies sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang digelar sebagai Mr. E.

Tak mengapalah, sama-sama kita doakan kedua-duanya bertemu jodoh segera. Apapun kurang-kurangkanlah tularkan aksi mesra mereka.

DIVA: Musim hujan sudah kembali. Rasa trauma setiap kali hujan lebat di ibu negara.

POPULAR