fbpx

Saya masih menarik, laku dan kacak – Rashidi Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDI ISHAK

PETALING JAYA – Pelakon Rashidi Ishak mengakui pernah keluar bersama dengan beberapa orang wanita dengan niat untuk mengenali hati budi dan mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya yang juga aktres, Vanidah Imran.

Rashidi, 48, ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini berkata, selepas bercerai, dia pernah keluar dengan beberapa orang wanita untuk mencari pengganti (calon isteri), namun tidak berakhir seperti apa yang diharapkan.

“Sejujurnya saya pernah keluar dengan beberapa wanita selepas bercerai. Tapi agaknya ketika itu saya dalam fasa memerlukan seorang pengganti (isteri).

“Saya rasa perlu tunjuk kepada orang saya masih menarik, masih laku dan kacak. Tapi akhirnya saya sedar bukan itu yang saya mahukan,” ujarnya.

Kata pelakon filem Seri Dewi Malam itu, usia perkahwinan yang dibina selama 17 tahun bersama Vanidah sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah bukan suatu perkara yang mudah untuk dilupakan dan mencari pengganti dengan segera.

“Untuk berkahwin lagi, saya rasa belum lagi waktunya. Ketika ini saya tidak fikir langsung untuk ada komitmen sebegitu (berkahwin).

“Saya, sesiapa sahaja yang melalui fasa bercerai, akan timbul perasaan untuk mencari seseorang dalam hati sebagai pengganti,” jelasnya.

Bagaimanapun, Rashidi tidak menolak seandainya kembali bertemu jodoh suatu hari nanti dan sentiasa terbuka tentang perkara tersebut.

“Saya sentiasa terbuka jika dipertemukan jodoh. Cuma saya tidaklah mencari. Biarlah jodoh itu datang sendiri. Setakat hari ini saya masih solo. Bahkan hubungan saya dengan bekas isteri juga baik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran siri Hantu Raya Pergi Perang oleh aplikasi penstriman hiburan, Sooka baru-baru ini.

Pada usia 48 tahun, bapa kepada dua orang cahaya mata itu lebih selesa memberi fokus sepenuhnya terhadap kerja berbanding komitmen cinta.

“Untuk bercinta, saya bimbang tidak dapat penuhi komitmen terutama daripada segi masa. Dalam fasa sekarang, saya lebih suka duduk di rumah.

“Saya lebih seronok bekerja,” jelasnya.

Sekadar info, Rashidi dan Vanidah, 48, mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika yang masing berusia 21 dan 18 tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun melayari alam berumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI