fbpx

14,000 koperasi kumpul aset bernilai RM150 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muslimin (empat dari kanan) menyaksikan Saiful Adli menyampaikan geran kepada wakil koperasi selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Kelantan di sebuah kompleks beli-belah di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Penglibatan 14,000 buah koperasi di negara ini berjaya mengumpul sebanyak RM150 bilion aset sepanjang 100 tahun beroperasi di bawah selian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya berkata, jumlah tersebut melibatkan seramai 7 juta anggota koperasi di seluruh negara.

Menurutnya, setakat ini, Koperasi Wawasan Malaysia Berhad di Kelantan mempunyai aset berjumlah lebih RM1 bilion.

“Kejayaan tersebut menunjukkan kepercayaan tinggi rakyat terhadap koperasi sekali gus menarik mereka untuk menyertai koperasi. Pada masa sama, ia mampu berikan pendapatan tambahan kepada ahli.

“Selain itu, kerajaan juga menyarankan mereka agar terus menjadikan koperasi dapat berdaya saing dapat dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Kelantan di sebuah kompleks beli-belah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muslimin berkata, bidang pertanian dan penternakan mampu menjadi salah satu daripada kegiatan yang mampu menggerakkan pelbagai ekonomi di negara ini.

Katanya, selain itu, SKM turut memberi pelbagai geran bernilai RM60,000 hingga RM300,000 yang melibatkan tabung pemulihan dan pembangunan kepada koperasi di seluruh negara selepas tempoh 10 tahun beroperasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI