fbpx

Skuad Sukarelawan KBS, MBM pantau isu kenaikan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

PETALING JAYA – Skuad Sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif menggerakkan belia sebagai sukarelawan yang akan memainkan peranan di lapangan bagi memantau sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga di pasaran.

Menurut kenyataan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden MBM, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid, sukarelawan tersebut seterusnya melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKTA 723).

“Ini adalah selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan yang melibatkan pemberian subsidi ke atas beberapa makanan asas,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, KBS mengambil maklum situasi semasa susulan rakyat melaporkan kenaikan harga barang yang sedang berleluas.

“Sehubungan itu, KBS yakin kerjasama strategik bersama MBM mampu menggerakkan golongan belia bagi membantu kerajaan untuk memastikan kepentingan pengguna adalah dilindungi dan terpelihara.

“Untuk tujuan itu, Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama MBM akan mengaktifkan sukarelawan belia di seluruh negara,” jelas mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI