fbpx

Imigresen KL periksa, pantau lokasi tumpuan warga asing sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Imigresen Kuala Lumpur giat melakukan pemantauan di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur giat melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan tumpuan di ibu negara dalam usaha mengekang aktiviti membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tindakan itu bagi memastikan ibu negara tempat yang selesa buat seluruh warganya termasuk pelancong asing.

Sehubungan itu, beliau menegaskan JIM Kuala Lumpur tetap peka akan kehadiran dan keberadaan agensi penguat kuasa meskipun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Selain tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan, rondaan dan omnipresence berkala dilaksanakan oleh pihak kami terutama di kawasan hot spot seperti di KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mengharapkan inisiatif itu dapat mengekalkan tarikan tersendiri ibu negara dengan mengekalkan keselamatan dan keselesaannya kepada warga tempatan dan pelancong asing.

Tambah Wan Saupee, amaran keras masih tertumpu kepada majikan yang melanggar Akta Imigresen termasuklah menggaji dan melindungi PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI