fbpx

Ramai tersentuh kanak-kanak bimbing ibu bapa OKU berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pengorbanan seorang kanak-kanak membimbing ibu bapanya yang juga OKU keluar berjalan-jalan

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan pengorbanan seorang kanak-kanak lelaki setia membimbing ibu bapanya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) bersama seorang adiknya ketika keluar berjalan-jalan.

Rakaman dikongsikan pengguna media sosial, Shaffiq Said itu berjaya menyentuh hati orang ramai dan rata-rata kagum melihat keperibadian seorang kanak-kanak yang dikatakan cukup matang menjaga keluarga istimewanya.

Lebih membuat ramai mengaguminya apabila kanak-kanak berkenaan memberi arahan dengan nada yang sopan terhadap ibu bapanya yang mempunyai masalah penglihatan dan setiap kejadian berlaku di hadapan mereka, akan dimaklumkannya terlebih dahulu.

“Abah itu platform dua, jalan perlahan-lahan sebab orang ramai ini.

“Baik abang, terima kasih bawa mama, abah dan adik jalan-jalan,” antara dialog di antara kanak-kanak tersebut bersama bapanya yang diceritakan semula oleh Shaffiq.

Menurut Shaffiq, dia amat terharu dan sebak melihat kejadian spontan yang berlaku di hadapannya itu serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Maaf adik, abang tak tahan sebak, Ya Allah rahmati keluarga ini,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai turut memuji kehebatan ibu bapanya dalam mendidik anak mereka sehingga menjadi seorang yang hebat meskipun masih kecil.

“Anak yang hebat hasil didikan ibu bapa yang hebat, tahniah adik walaupun masih kanak-kanak, kau tahu jalankan tanggungjawab seorang anak, jaga keluarga dengan baik, moga dipermudahkan segalanya,” ujar Akmal Haidir.

“Semoga adik membesar jadi anak yang baik dan sentiasa mendengar kata ibu bapa, jaga mereka elok-elok sayang,” luah Iqha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI