fbpx

Piala AFC : Kedah dijinakkan kelab Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain import KDA FC, Mahmoud Al-Mardi berusaha untuk mengatasi pertahanan Bali United pada aksi Kumpulan G saingan Piala AFC di Stadium Kapten I Widan Gupta, Indonesia sebentar tadi. - Foto ihsan KDA FC

PETALING JAYA – Wakil Liga Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA FC) memulakan kempen peringkat Kumpulan G saingan Piala AFC 2022 dengan langkah sumbang selepas tewas 0-2 kepada Bali United sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali itu, skuad Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan tonggak utama seperti Ronald Ngah Wanja, Mahmoud Al-Mardi dan Sanrawat Dechmitr.

Namun, kehadiran pemain import terbabit gagal memberi impak yang diharapkan apabila skuad Serdadu Tridatu lebih banyak menguasai sebahagian besar babak pertama.

Pasukan tuan rumah acapkali menguji benteng pertahanan KDA FC menerusi rembatan daripada Andhika Wijaya, Irfan Jaya, Pachecho dan Leonard tetapi gagal menepati sasaran.

Namun, tuah masih menjadi milik Bali United yang meraih gol hasil jaringan sendiri kapten Sang Kenari, Wanja pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad KDA FC dilihat berusaha untuk bangkit daripada ketinggalan 0-1 dengan Aidil memasukkan pemain simpanan Fayadh Zulkifli dan Azammudin Akil bagi mengubah tempo perlawanan.

Lebih malang, percaturan yang dibuat oleh pengendali Bali United, Stefano Cugurra lebih menjadi apabila pemain gantian, Rahmat Syamsuddin menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-82.

Skuad Sang Kenari berusaha untuk mencari gol sagu hati tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI