fbpx

Bintang bola sepak terkait proses perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY MARTIAL

ANTHONY MARTIAL

MANCHESTER United terpaksa memberi diskaun besar apabila bersedia menerima bayaran serendah £20 juta (RM108.01 juta) bagi memastikan pemainnya itu meninggalkan Old Trafford. Musim panas lalu, Martial dinilai pada harga £50 juta (RM270.03 juta).

 

DANIEL BACHMANN

MANCHESTER United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Watford dari Austria ini. Bachmann akan menjadi penjaga gol kedua di belakang David De Gea selepas Dean Henderson dipinjamkan ke Nottingham Forest.

 

KEPA ARRIZABALAGA

KELAB Ligue 1 Perancis, Nice menyatakan minat mereka untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea ini secara pinjaman. Arrizabalaga terdesak untuk mendapatkan minit permainan bagi memastikan diri berada dalam skuad Sepanyol ke Piala Dunia 2022.

GARETH BALE

PEMAIN yang berstatus ejen bebas ini selepas kontraknya berakhir di Real Madrid dilaporkan akan mengadakan rundingan bersama pasukan Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas dia memerlukan aksi kompetitif dalam persiapan ke Piala Dunia bersama Wales.

GIACOMO RASPADORI

WEST Ham United dilaporkan meningkatkan minat mereka untuk mendapatkan penyerang Sassuolo ini ketika David Moyes benar-benar memerlukan khidmat penyerang. Selain Raspadori, The Hammers turut berminat membawa rakan sepasukannya, Gianlica Scamacca ke London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI