fbpx

Trend papar keputusan SPM gagal tidak patut dibanggakan – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN TROYE menghadiahkan wang RM300 buat pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam SPM 2022.

PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye berpendapat trend berkongsi keputusan gagal bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam media sosial seperti yang tular baru-baru ini tidak sepatutnya dibanggakan seperti dilakukan oleh sesetengah individu.

Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, situasi sebegitu tidak wajar dibanggakan kerana mampu mempengaruhi pelajar lain supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

“Saya sendiri pernah berperang dengan peperiksaan SPM pada tahun 2019. Cabaran belajar zaman sekarang dengan kepesatan teknologi media sosial bukanlah mudah.

“Begitu juga dengan mereka yang bergelut belajar di era pandemik Covid-19. Namun, tabik kepada mereka yang tidak lemah semangat dan menjadikan ujian atau cabaran sebagai alasan,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Teman itu berkata, pencapaian diraih pelajar yang berjaya menerusi inisiatif dilakukan cukup membanggakan.

“Tiada apa saja yang mustahil dalam hidup ini. Kesungguhan dan semangat untuk membuktikan peningkatan dalam hidup mahupun pelajaran mampu memberikan pengakhiran yang indah.

“Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan.

“Malah kita belajar untuk mendapat gred atau keputusan yang baik, bukan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengasas PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana memanjat kesyukuran kerana peningkatan gred membabitkan pelajar bimbingan mereka.

“Mesej pelajar cemerlang SPM, Nur Anis dalam Instagram (IG) yang diterima cukup mengujakan saya. Bagaimana dia memuji usaha kami sebagai cikgu PTTI, buat saya sayu.

“Syabas saya ucapkan kepada lebih 5,247 pelajar kami yang mendapat keputusan SPM kali ini. Termasuklah hampir 200 yang berjaya menaikkan gred dari G ke A,” katanya,” ujarnya.

Terdahulu, Iman dan PTTI baru-baru ini turut menawarkan ganjaran berupa wang tunai sebanyak RM300 kepada calon yang berjaya meraih peningkatan gred G kepada A dalam SPM 2021.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI