fbpx

Mohon doa, Mona Allen enggan ulas isu berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELUM bersedia memberi komen tentang imej berhijab, Mona hanya meminta doa yang baik-baik daripada peminat.

PETALING JAYA – Perkongsian foto memakai hijab oleh pelakon cantik Mona Allen dalam Instagram miliknya sejak akhir-akhir ini mengundang persepsi segelintir netizen bahawa dirinya sudah pun menutup aurat.

Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen, 36, ketika dihubungi Kosmo! bagaimanapun enggan mengulas tentang hal tersebut dan meminta supaya mendoakan dirinya yang baik-baik sahaja.

“Buat masa sekarang saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan tentang penampilan ini.

“Apa-apa pun saya minta supaya doakan perkara yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Kosmo!

Pada masa sama, pelakon berusia 37 tahun itu mengakui niat untuk mengenakan hijab sudah ada, namun bimbang jika dia berkata lebih, takut perkara tidak sepatutnya seperti membuka semula hijab akan terjadi pada kemudian hari.

“Saya cuma takut jika saya berkata apa-apa, esok lusa tiba-tiba saya kembali tampil tanpa hijab. Nanti saya kena kecam dengan netizen pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kehamilan, Mona yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan dijangka melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar bulan September nanti.

Kata isteri kepada pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim itu, dia sudah menyediakan persiapan dan kelengkapan untuk menyambut kelahiran bayinya sebanyak 70 peratus.

“Persiapan belum lengkap lagi. Untuk bersalin dan berpantang pula, saya akan melahirkan cahaya mata di Kuala Lumpur sahaja dan dijaga oleh ibu di sini. Insya-Allah semoga dipermudahkan urusan,” jelasnya.

Sekadar info, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, 40, pada 7 Disember 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI