fbpx

Dua remaja perempuan hilang, tak balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Diana Mohammad Rizal.

KULAI – Dua remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Putri Kulai, di sini setelah tidak pulang ke rumah sejak Mac dan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, remaja terbabit ialah Norpreeta Muhammad, 18, dan Nur Diana Mohammad Rizal, 19, masing-masing gagal dikesan di kawasan perumahan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Diana pada 17 Mac lalu selepas meminta izin untuk pergi ke rumah bapa saudaranya di blok yang sama iaitu Blok 10, Taman Putri di sini.

“Pengadu menghubungi anak perempuannya untuk bertanyakan bila dia mahu balik dan remaja terbabit memberitahu akan balik sebentar lagi.

“Selepas itu pengadu cuba menghubungi anaknya lagi namun gagal. Pada pukul 8.30 malam, pengadu menerima pesanan ringkas daripada anaknya yang menyatakan dia berada dalam keadaan selamat dan jangan bimbang akan keselamatan dirinya.

“Sehingga laporan polis dibuat, remaja tersebut masih belum pulang, pengadu telah berusaha mencari dan mengesan anaknya di merata tempat namun gagal dan menemui jalan buntu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 sambungan 6419 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Aspar Satari di talian 019-7736485.

Tambahnya, pihaknya menerima satu lagi kes remaja hilang pada 11 Jun membabitkan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang ketika dia bersama keluarganya berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Jalan Sri Putri 2/9, Taman Putri.

“Pengadu dan keluarga telah pergi ke rumah kakaknya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Selepas itu, anak perempuan pengadu telah keluar dari rumah dengan membawa kad pengenalannya dan pengadu tidak pasti ke mana arah tujunya.

“Pengadu cuba menghubungi remaja berusia 18 tahun itu tetapi gagal dihubungi. Sehingga laporan polis dibuat, remaja perempuan terbabit masih belum pulang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 sambungan 6419 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Jaafar Wahab di talian 017-7974026, katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI