fbpx

Dana tabung pandemik kini berjumlah RM4.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budi menyasarkan untuk mengumpul dana sehingga AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam masa setahun. - Biro Setiausaha Pejabat Presiden

JAKARTA – Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin menyatakan bahawa beberapa negara anggota Kumpulan 20 atau G20 telah berjaya mengumpul sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.8 bilion) untuk dana tabung menangani pandemik masa depan, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia, kelmarin.

Dana tersebut dikutip melalui skim Dana Perantara Kewangan (FIF).

Beberapa negara telah menyatakan komitmen mereka untuk menyumbang kepada FIF termasuk Amerika Syarikat sebanyak AS$450 juta (RM1.9 billion), Kesatuan Eropah (EU), AS$450 juta (RM1.9 bilion), Jerman, AS$52 juta (RM231 juta), Indonesia, AS$50 juta (RM220 juta), Singapura, AS$10 juta (RM44 juta) dan pertubuhan Wellcome Trust, AS$12 juta (RM53 juta).

Dana itu akan diuruskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia. 

Bagaimanapun, dana yang terkumpul setakat ini masih tidak mencukupi bagi menangani kemungkinan situasi pandemik akan datang.

“Kami menyasarkan untuk mencapai sehingga AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam masa setahun,” kata Budi pada sidang media pada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Kesihatan Bersama (JFHMM) G20 Pertama.

Menurut Budi, persidangan G20 bukan sahaja untuk menggalakkan negara mengukuhkan komitmen terhadap sokongan pembiayaan tetapi juga membincangkan penggunaan dana sebagai penyelesaian kepada krisis kesihatan.

“Kami perlu menterjemahkan wang ini agar menjad akses kepada ubat vaksin dan alat diagnostik.

“Saya harap kita mempunyai masa sehingga Oktober di mana mesyuarat kedua Menteri Kewangan dan Kesihatan akan diadakan dan sebelum mesyuarat pemimpin negara G20 pada November,” ujar beliau.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati berkata, masih banyak lagi negara lain yang akan menyumbang kepada FIF.

“Saya dan Budi akan terus mendapatkan sokongan sebanyak mungkin daripada lebih banyak negara dan organisasi antarabangsa, malah kedermawanan agar mereka dapat menyumbang kepada bahagian pembiayaan (FIF),” kata Sri Mulyani. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI