fbpx

Agensi pelancongan haji, umrah dikesan menipu akan dibatalkan lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tengah) menyampaikan sijil kepada penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat (kanan) pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2022 di Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Agensi pelancongan haji dan umrah yang dikesan menawarkan pakej berunsur penipuan akan dikenakan tindakan pembatalan lesen atau dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tindakan sedemikian boleh diambil berdasarkan terma dan syarat permohonan lesen oleh syarikat tersebut.

“Kita boleh nyahsenarai syarikat, mereka tidak layak untuk memohon lagi (dan) lesen mereka dibatalkan. Kita juga boleh sampai ke mahkamah mengikut situasi kalau keterlaluan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berkaitan beberapa agensi pelancongan haji dan umrah dikesan menawarkan ratusan tempat untuk khidmat mengerjakan badal haji dengan pelbagai pakej dan bayaran bermula serendah RM1,700 hingga RM3,000 seorang.

Bagaimanapun jelas Nancy, setakat ini tiada sebarang laporan diterima oleh kementerian berhubung kes penipuan tawaran pakej membabitkan agensi pelancongan haji dan umrah.

“Kita pantau tapi setakat ini belum lagi (terima laporan), memang dulu-dulu selalu kita dengar (mengenai kes penipuan).

“Apabila mereka memohon untuk lesen ada terma dan syarat (jadi) kita boleh ambil tindakan di bawah terma-terma yang ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI