fbpx

Sukan renang akan wujudkan kategori untuk mak nyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perenang transgender, Lia Thomas meraikan kemenangannya sebagai juara acara renang pada Kejohanan Renang & Selam Ivy League Wanita di Cambridge, Massachusetts pada 17 Februari 2022. – AFP

BUDAPEST, Hungary – Sukan renang akan mewujudkan ‘kategori terbuka’ bagi membolehkan penyertaan atlet transgender sebagai sebahagian daripada polisi baharu yang akan melarang mereka daripada bertanding dalam kategori wanita.

“Saya tidak mahu ada mana-mana atlet diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk bertanding di peringkat paling tinggi.

“Saya faham mengapa atlet transgender mahu bertanding dalam kategori jantina pilihan mereka tetapi kita perlu adil dan tidak boleh pilih kasih dalam isu ini.

“Saya akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk mewujudkan kategori terbuka (untuk perenang transgender) dalam beberapa kejohanan terbesar kami. Kami akan menjadi persekutuan sukan pertama berbuat demikian,” kata presiden badan pengurusan sukan renang antarabangsa FINA dalam satu mesyuarat tergempar.

Beliau berkata demikian selepas FINA memperkenalkan dasar inklusif  yang kemudian diluluskan oleh anggota-anggota badan berkenaan.

Dasar baharu itu diterima secara berhati-hati oleh perenang Amerika Syarikat, Alex Walsh. selepas dia memenangi acara 200 meter medley malam kelmarin.

“Saya gembira FINA menyemak semula peraturannya. Saya tidak pasti bagaimana kita dapat berlaku adil kepada semua tetapi saya harap semua orang akan dapat bertanding dan sekiranya mereka (FINA) dapat mencari jalan  untuk melakukannya,  saya gembira,” kata Walsh.

Ketua Pegawai Eksekutif FINA, Brent Nowicki berkata, organisasinya memutuskan untuk mengekalkan pemisahan antara kategori lelaki dan wanita dalam sukan akuatik.

FINA menubuhkan tiga jawatankuasa pakar dalam bidang perubatan, undang-undang dan atlet untuk menangani isu tersebut.

Jawatankuasa perubatan mendapati bahawa lelaki yang berubah untuk menjadi perempuan masih mempunyai beberapa kelebihan dalam bidang sukan.

“Kelebihan ini tidak hilang walaupun mereka mengambil terapi hormon termasuk saiz paru-paru dan jantung yang lebih besar, tulang yang lebih panjang di samping tangan serta kaki yang lebih besar,” kata Dr Sandra Hunter dari Universiti Marquette di Milwaukee. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI