fbpx

Saya tak bodoh jatuhkan nama sendiri – Sharnaaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ AHMAD

PETALING JAYA – Selepas tiga hari direman susulan kes pukul di sebuah kondominium, pelakon popular Sharnaaz Ahmad tampil menegaskan dia tidak sesekali akan melakukan tindakan bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.

“Saya tak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang Sharnaaz panas baran, tunggu. Harap bersabar ya,” jelas Sharnaaz.

Aktor berusia 37 tahun itu bagaimanapun tidak boleh mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Pemilik nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tu berjanji akan menceritakan perkara tersebut dalam satu sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya tak boleh cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Apa yang digembar-gemburkan itu, hati-hati sebab masih dalam siasatan.

“Apa yang dikeluarkan oleh pihak media itu tidak benar. Tunggu daripada peguam dan saya akan keluarkan statement (kenyataan) dalam masa terdekat. Terima kasih dekat pihak polis sebab telah membantu dari semua segi. Insya-Allah cerita sebenar akan keluar,” kata Sharnaaz sebaik sahaja dibebaskan di Ibu Pejbat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu juga memberi peringatan kepada pihak yang membuat spekulasi kes berkenaan dengan sifat barannya agar bersabar menunggu penjelasan sepatutnya.

‘Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang Sharnaaz panas baran, tunggu. Harap bersabar ya,” katanya.

Yakin dirinya tidak bersalah, bapa kepada Jebat Jayden Ahmad berharap kes berkenaan dapat diselesaikan di mahkamah kelak.

“Saya akan buktikan ada kebaikan yang ada saya buat, yang tidak diceritakan tetapi akan diceritakan di mahkamah nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI