fbpx

Jennie terima tawaran berlakon bersama bintang Hollywood.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

BERITA yang pasti mengujakan ramai peminat Blackpink apabila salah seorang anggotanya, Jennie dilaporkan menerima tawaran lakonan.

Laporan yang dikeluarkan oleh TV Daily tersebut sekali gus menyaksikan Jennie menjadi ahli kedua Blackpink yang menjadi pelakon selepas Jisoo membintangi drama Snowdrop.

Memetik laporan berkenaan, Jennie dikatakan menerima tawaran membintangi sebuah siri terbitan HBO berjudul The Idol.

Siri berkenaan difahamkan merupakan idea daripada Sam Levinson, Reza Fahim dan penyanyi antarabangsa, The Weeknd.

Malah, The Weeknd juga dikatakan akan membintangi siri tersebut di samping beberapa nama besar lain iaitu Lily-Rose Depp dan Troye Sivan.

Kegembiraan peminat berganda selepas mereka mula mengaitkan pertemuan antara Jennie dengan The Weeknd pada November tahun lalu adalah disebabkan siri tersebut.

Bagaimanapun, buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan tentang penglibatan Jennie seperti nama watak dan sebagainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI