fbpx

Zuraida harap kekal dalam Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tengah) merakam kenangan selepas merasmikan program Enhancing Empowerment Of Women di MH Sentral sungai siput, hari ini. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

SUNGAI SIPUT – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berharap dapat kekal memegang jawatan menteri dalam Kabinet bagi membolehkan semua program dan perancangan yang dimulakan ketika memegang portfolio dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Perdana Menteri telah membuat pengumuman dalam media (tentang perjumpaan itu) pada minggu depan.

“Saya harap ada khabar baik (untuk) kekal jawatan supaya boleh habiskan program dan perancangan yang telah saya mulakan.

“(Pengekalan itu juga) untuk stabilkan negara dan Kabinet. Jadi, dapatlah kita sempurnakan dan laksana apa yang telah dirancang,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan program Pemerkasaan Wanita di Peringkat Akar Umbi anjuran Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL), di sini hari ini.

Zuraida sebelum ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Zuraida yang juga Presiden Pengganti PBM berkata, pihaknya yakin parti itu mempunyai peluang untuk meletakkan calon bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sebagai contoh di Perak, PBM juga mempunyai sasaran namun belum membuat sebarang keputusan berkaitan perkara itu.

“Keseluruhannya, keadaan politik negara tidak menonjolkan satu-satu parti yang dominan. Maksudnya, semua yang masuk, baru atau lama, yang tua atau muda semua ada peluang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI