fbpx

Trend hadiah ‘kondom’ kepada pengantin makin menjadi-jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi memaparkan sekumpulan lelaki menghadiahkan 'kondom' kepada pasangan pengantin baharu.

PETALING JAYA – Trend memberi hadiah ‘kondom’ kepada pasangan pengantin baharu dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Melayu ketika ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, pelbagai video dikongsikan memaparkan gelagat saudara-mara mahupun rakan-rakan memberi bermacam jenis ‘kondom’ kepada pihak pengantin ketika menghadiri majlis persandingan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan ada yang beranggapan tindakan seperti itu seperti tidak menghormati majlis tersebut.

“Pengantin tahan malu kalau kawan-kawan bagi hadiah macam ini, kalau betul nak bagi, balut dan tutup elok-elok, bukan bagi semua orang nampak, tetamu lain tengok, ubah-ubah la trend macam ini, tak ada manfaat,” ujar Laili Anuar.

“Hadiah yang bukan-bukan nak bagi pun, dah kahwin untuk tambahkan zuriat, tambahkan rezeki, kalau aku kahwin nanti, kawan buat macam ini, memang tutup pintu la, merapu,” soal Marzuki Ahmad.

Selain itu, seorang pengguna Facebook, Zamzari menegur dan menegaskan agar perbuatan seperti itu perlu dicegah dan tidak perlu menjadi ikutan kerana boleh mengaibkan pasangan pengantin.

“Jangan buat malu orang lain, dah macam buka aib pengantin, perkahwinan ini bukan hanya berlandaskan ‘seks’ siap bagi kondom berkotak-kotak, orang Melayu suka pelik-pelik, majlis kahwin Melayu yang selalu macam ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI