fbpx

Raja Muda Kedah dikurnia Darjah Kerabat Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Kedah kepada Tengku Sarafudin pada Istiadat Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Kedah kepada Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80.

Istiadat tersebut berlangsung di Istana Anak Bukit di sini hari ini dan turut disaksikan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dikurniakan Darjah Kerabat Sallehuddin sementara Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dikurniakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah.

Istiadat penganugerahan diikuti oleh penerima tunggal Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Ketua Istiadat, Datuk Wira Mohd. Omar Mohamed menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (DPSS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Dua penerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira pula diberikan kepada Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Datuk Syed Azizan Syed Mohamad Al-Idrus dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Sementara itu, dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Azman Nasrudin dan
Wan Romani Wan Salin menerima Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk.

Pengerusi Bina Darul Aman Berhad, Che Had Dhali merupakan salah seorang daripada 25 penerima Setia Diraja Kedah (SDK). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI