fbpx
NOKI dipuji kacak dan persis pelakon Korea Selatan, Jin Goo.

Noki persis ‘oppa’, ramai jatuh hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN MK, ahli lain dalam kumpulan K-Clique yang berjaya mencairkan hati para gadis di luar sana semestinya Noki.

Hadir dengan pakej lengkap, wajah kacak serta bertubuh sasa, membuatkan ramai yang tergila-gilakan penyanyi itu.

Terbaharu, dia muncul dalam sebuah video memaparkan lagaknya seperti seorang anggota polis. Dia akan menjayakan watak tersebut dalam sebuah filem yang bakal dilancarkan pada tahun depan.

Menurut netizen, gaya Noki dalam video tersebut saling tidak tumpah seperti watak Seo Dae-young lakonan Jin Goo dalam drama Descendant Of The Sun (DOTS).

“Kenapa Noki semakin kacak, macam ‘oppa’!” puji peminatnya.

“Macam Dae-young dalam drama DOTS. Berseri sangat,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Semoga rezeki Noki dalam bidang lakonan semakin murah tetapi rindu pula nak dengar nyanyiannya bersama K-Clique.

DIVA: Kalau selepas ini Noki pula yang memperkenalkan teman wanita seperti MK, pasti ramai yang kecewa.

POPULAR