fbpx

Stok ayam bulat tiba hari ini – Nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ayam bulat yang diimport Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan simpanan stok pertama sebanyak 21 tan metrik dalam satu kontena akan tiba di negara ini hari ini.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengimportan ayam itu adalah daripada pengeluar yang sudah mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Bekalan ayam seterusnya akan dibawa masuk ke dalam negara pada Isnin ini iaitu tiga kontena dan akan ditempatkan di bilik sejuk beku Nafas di Sungai Bakap, Pulau Pinang,” jelas kenyataan itu lagi.

LPP memaklumkan, lembaga itu melalui Nafas dan Gabungan Pertubuhan Peladang Negeri telah diberi peranan utama untuk melaksanakan program stok penimbal ayam bagi tujuan menstabilkan keperluan bekalan ayam negara.

Jelas LPP, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan gabungan berkenaan, terutama dalam penggunaan kemudahan bilik sejuk.

Sementara itu, LPP memaklumkan pengedaran ayam pula adalah melalui jaringan rangkaian Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan FAMA, dengan LPP akan memantau pelaksanaan penjadualan pengimportan oleh Nafas.

Tiga PPN iaitu PPN Selangor, Johor dan Perak dikenal pasti bagi membantu Nafas menjayakan program tersebut dengan beberapa PPN lain akan turut sama dilibatkan mengikut keperluan semasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI