fbpx

Mesej ‘selamat tinggal’ BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

MENDENGAR single terbaharu kumpulan vokal lelaki berkumpulan paling laris dunia, BTS berjudul Yet To Come usai ikon muzik Korea Selatan yang dianggotai tujuh lelaki itu ‘berpecah’ sementara, ternyata dan benar-benar menyita emosi berbeza.

Masakan tidak, selepas ditubuhkan pada 2013 dan terus mendunia hingga hari ini, berita berkenaan merupakan yang perdana seumpamanya sekali gus membuatkan peminat seluruh dunia berasa gusar. Pada masa sama, sedih dengan perkhabaran tersebut.

Dipetik dari diskografi terbaharu BTS berjudul Proof, karya ciptaan Dan Gleyzer, J-Hope, MAX, Pdogg, RM dan SUGA tersebut memberi cerminan realiti sekarang ketika BTS dicanang sebagai kumpulan vokal lelaki paling popular dunia.

SEPANJANG ‘hiatus’, setiap ahli BTS dijangka meluncurkan projek solo masing-masing.

Mesej ‘berpecah’

Ironi, ketika awal kemunculan terutama apabila pernah melahirkan album berjudul The Most Beautiful Moment in Life (2016) hingga sekarang sepertinya memberi peringatan bahawa perjalanan mereka sudah panjang.

Tiba waktu berehat seketika dan fokus terhadap kerjaya kendiri masing-masing. Mesej tersebut diterjemahkan indah menerusi Yet To Come.

Kalau diselak perjalanan kerjaya kumpulan itu, mereka bermula dari bawah sembilan tahun lalu. Waktu itu, banyak kesulitan dan ketidaktentuan bermain dalam benak fikiran sama ada kemungkinan untuk berjaya hanya sekadar sesuatu mimpi yang mustahil.

Hampir sedekad selepas debut, BTS membuktikan tiada yang mustahil dalam kehidupan asalkan setiap langkah disertakan dengan usaha jitu.

Bukan hanya Korea Selatan dan Hollywood, kumpulan yang dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook itu berjaya menghipnosis seluruh dunia dengan muzik mereka.

BIARPUN masih memegang status vokalis berkumpulan paling berpengaruh tidak hanya di Korea bahkan satu dunia, BTS ‘melepaskan’ gemilap populariti demi kehidupan peribadi.

Nostalgia, nukilan lirik

Yet To Come dari segi komposisi muzik dan nukilan lirik benar-benar menjentik nostalgia BTS sedari awal kemunculan dalam industri muzik global.
‘Yeah the past was honestly the best, but my best was honestly the best’.

Petikan lirik berkenaan yang dilaungkan V pada awal permulaan lagu memberi peringatan bahawa memori yang dicipta bersama BTS tiada galang ganti.

Juga memberi suara kepada peminat bahawa setiap seorang ahli BTS optimis untuk segala yang bakal berlaku pada masa hadapan, tanpa mahupun bersama BTS.

BTS menghulurkan hadiah ‘terakhir’ kepada peminat berupa sebuah album, Proof.

Pilihan single terbaik Proof

Yet To Come merupakan pilihan paling tepat label mahupun BTS dalam meletakkan mood buat para pendengar yang bakal berpisah sementara dengan jenama berkumpulan bagi memberi langkah solo yang selama ini tidak terlalu ditekankan kumpulan itu.

Baik album iaitu Proof mahupun single perdana, Yet To Come, memberi simbolik bahawa sudah sampai waktu memberi refleksi terhadap kerjaya berkumpulan meskipun nama mereka masih lagi berada pada tahap paling papan atas buat masa sekarang.

Hal ini kerana, apa sahaja yang mendapat sentuhan mereka pasti laris dan menjadi siulan pendengar seluruh pelosok dunia. Hatta, Yet To Come juga memberi signifikan BTS akan meroket demi sokongan setia dan tidak berbelah bahagi pada pendokong mereka iaitu ARMY.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI