fbpx

KWP perhalusi aspek perundangan pengambilan tanah Sungai Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Datuk Seri Shahidan Kassim bergambar bersama sebahagian pemilik baharu unit Residensi Sky Awani 3, Setapak. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sedang memperhalusi dalam aspek perundangan bagi isu pengambilan tanah berkaitan pojek pembangunan semula Sungai Baru, Kampung Baru yang tergendala berikutan bantahan sebilangan penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, sebanyak 37 orang pemilik yang tidak bersetuju itu akan diberi pembelaan yang sewajarnya.

“Ada 37 orang yang menentang, jadi kita kena ingat proses undang-undang kalau kita batalkan projek ini bererti 328 orang yang lain kena balik ke rumah mereka yang terjejas teruk akibat kerosakan.

“Kita sedang perhalusi masalah perundangan yang terlibat, hal-hal lain saya beri pembelaan kepada pihak tuan tanah dengan sebaik mungkin,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di Residensi SkyAwani 3, Setapak di sini hari ini.

Tambahnya, sesi pendengaran kedua sudah ditangguh lebih enam bulan dan beliau berharap agar pemaju bersama 37 pemilik lain dapat menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.

Dalam perkembangan berlainan, Shahidan berkata, sebanyak 31 lokasi hotspot banjir kilat di ibu negara telah dikenal pasti.

“Kesemua 31 hotspot kawasan banjir kilat di Kuala Lumpur telah dikenal pasti dan beberapa kawasan telah diletakkan beg pasir, pam air dan sebagainya.

“Saya telah tunjuk kepada semua wakil rakyat Wilayah Persekutuan dan mereka insya-Allah berpuas hati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI