fbpx

Jangan hanya jerit nama anak kalau ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reina Lum tampil berkongsi tips kepada ibu bapa ketika berdepan dengan situasi anak 'hilang' di pasar raya atau tempat tumpuan ramai.

PETALING JAYA – Kejadian kanak-kanak hilang terutamanya ketika berada di pusat beli-belah atau kawasan awam yang lain sering menjadi ‘mimpi ngeri’ buat ibu bapa mahupun penjaga.

Seorang bekas peguam yang dikenali dengan nama Reina Lum tampil berkongsi tips kepada ibu bapa ketika berdepan dengan situasi mencemaskan seperti itu.

Beliau membuat beberapa teguran setelah tular rakaman memaparkan tindakan seorang bapa kelihatan berlari-lari dalam sebuah pasar raya di Melaka sambil memanggil-manggil nama anaknya yang dipercayai telah hilang.

Menurut Reina, perbuatan memanggil nama anak sekiranya mereka hilang di tempat awam bukanlah cara yang terbaik kerana ia lebih menyukarkan untuk orang ramai membantu mengesan kanak-kanak terbabit.

“Apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit dengan memberikan keterangan atau ciri-ciri anak.

“Kalau jerit saya sedang mencari budak kecil lelaki, lima tahun, pakai baju putih, seluar ‘jeans’ hijau, semua orang akan tolong cari anak tersebut dengan panduan yang diberikan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, apabila banyak mata mencari dan memerhati, ada kebarangkalian sekiranya anak sedang diculik, penculik akan membatalkan niat kerana sedar mereka sedang diperhatikan oleh ramai.

Perkongsian wanita tersebut turut mendapat persetujuan orang ramai dan pelbagai reaksi diberikan menerusi ruangan komen.

“Setuju dengan cara ini, orang lain boleh bantu cari, sebab jelas dengan ciri-ciri yang ibu bapa kongsikan, dan satu lagi tips berguna, ambil gambar anak setiap kali nak keluar mana-mana,” kata seorang pengguna.

Sementara itu, pengguna lain, Abdul Raiz juga berpesan agar ibu bapa atau penjaga perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling dan keberadaan anak-anak ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.

“Jangan sibuk nak beli itu ini, mata pandang pada anak-anak supaya tak hilang, ini memang ada jenis manusia yang mudah lupa diri, bawa anak pun mereka lupa, lebih peka kalau berada tempat orang ramai,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI