fbpx

Cubaan seludup migran, kontraban berlaku setiap malam – Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZUBIR (tengah) menerima replika kunci daripada Pengerusi DALAC Marine Engineering dan Services Sdn Bhd, Datuk Pahlawan Zakaria Yusof (kanan) pada Majlis Penyerahan Rigid Hull Fender Boat (RHFB) Kelas Perkasa di Hotel Waterfront, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som mendedahkan terdapat peningkatan percubaan untuk membolosi sempadan perairan negara setiap malam oleh sindiket penyeludupan.

Menurut beliau, peningkatan percubaan itu dikesan berlaku khususnya selepas pembukaan semula sektor ekonomi negara apabila Malaysia mula memasuki fasa peralihan endemik, April lalu.

“Selepas ekonomi negara dibuka semula, kita kesan peningkatan cubaan untuk merentas sempadan negara memang berlaku setiap malam, namun majoriti daripadanya dapat dipatahkan.

“Akibat daripada penguatkuasaan yang kita jalankan, majoriti daripada percubaan itu sama ada dapat ditahan ataupun mereka berpatah balik setelah bot dinaiki mereka dikesan pihak berkuasa.

“Percubaan penyeludupan ini dikesan melibatkan migran dan juga barangan kontraban,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Rigid Hull Fender Boat (RHFB) Kelas Perkasa kepada Maritim Malaysia di Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zubil, perkara itu sudah dijangka akan berlaku ekoran terdapat permintaan iaitu ‘supply and demand’ di pasaran tempatan membabitkan kekurangan tenaga kerja di sektor-sektor tertentu.

“Perkara ini berlaku setiap malam antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi, dan perkara ini akan berterusan selagi ada ‘supply and demand’, khususnya membabitkan sektor perladangan dan perkhidmatan.

“Sasaran utama sindiket penyeludupan ini adalah negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kerana jaraknya yang paling hampir, namun baru-baru ini kita dapat kesan ada cubaan menyeludup masuk sehingga ke negeri utara tanah air seperti Pulau Pinang,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI