fbpx

HFMD: Kes baharu di Kedah menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 87 kes atau 11 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-23 iaitu sepanjang 5 hingga 11 Jun lalu berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, sebanyak 702 kes baharu direkodkan pada ME ke-23 tersebut.

“Dalam tempoh sama, tiada wabak HFMD baharu yang dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.

“Tidak ada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kes HFMD di negeri ini pada tahun ini sehingga 11 Jun lalu adalah sebanyak 4,894 kes.

“Berbanding sebelum pandemik dalam tempoh yang sama bagi tahun 2019, Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 4,088 kes atau 507 peratus.

“Sepanjang tahun ini, daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 1,187 kes atau 24.3 peratus diikuti Kubang Pasu 726 kes (14.8 peratus), Kulim 699 kes (14.3 peratus) dan Kota Setar 487 (10 peratus),” jelasnya.

Katanya, sepanjang tahun ini juga, sebanyak 50 wabak HFMD telah dilaporkan di negeri ini dengan 49 daripadanya (98 peratus) berlaku di pusat pendidikan iaitu taska, tadika dan pra sekolah.

“Sebanyak 48 premis berkenaan telah diarah tutup sementara atau ditutup secara sukarela bagi tujuan sanitasi dan pencegahan jangkitan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI