fbpx

Sampai mati, demimu Malaysia – Dion Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DION COOLS puas dapat membantu Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh kelmarin.

“MALAYSIA sampai mati! Lafaz ikrar itu diluahkan oleh pertahanan negara, Dion Cools yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menentang Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Ketika kariernya terdedah dengan bola sepak di pentas ter­tinggi Eropah termasuk bermain di Liga Juara-Juara, Cools mungkin berpeluang untuk mewakili Belgium. namun sebagai pemain berdarah Malaysia, bintang kelab Zulte Waregem itu tidak pernah ada rasa menyesal untuk memi­lih Harimau Malaya.

Walaupun di awal perjalanannya bersama Harimau Malaya tidak seindah yang diharapkan, Cools yang meledak gol satu gol ketika menewaskan Bangladesh 4-1 nyata puas dengan kejayaan diraih terutamanya untuk menamatkan penantian 42 tahun layak ke Piala Asia secara merit.

“Bola sepak adalah sukan kolek­tif dan bagi saya semua pemain boleh diberikan pemain terbaik kerana mereka sudah laksanakan kerja dengan baik. Kami harungi perjalanan yang jauh sepanjang satu bulan ini.

“Langsung tidak ada rasa menyesal malah gembira untuk sertai Malaysia. Saya ada darah Malaysia dan sedia untuk melakukan apa saja demi negara ini. Selagi mentaliti ini ada, saya akan terus bersemangat untuk beri segala-galanya untuk negara ini,” katanya.

Selain Cools yang mencetak gol kedua Malaysia, tiga lagi jari­ngan Harimau Malaya dihasilkan oleh Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

“Apabila dapat menjaringkan gol pertama, ia sudah pasti menjadi detik yang cukup mengujakan buat saya. Sukar untuk percaya dengan apa yang berlaku dan berharap selepas ini saya mampu untuk terus menghasilkan sesuatu buat pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI